m

Bila Ayah Tukar Lampin

 

Ketika sedang makan di rumah, si kecil merengek-rengek manja seolah tidak selesa. Ayah yang sudah selesai makan segera mengangkat bayi untuk meredakan tangisannya tetapi makin diangkat makin kuat dia menangis.

“Alamak, baby dah buang air la tu. Abang tolong tukarkan lampin dia sebab saya tak habis makan lagi ni,” beritahu si isteri yang segera mengesan bayinya menangis kerana tidak selesa lampin sudah penuh dengan najis.

Sudah tentu anda tiada pilihan lain kerana ketika itu anda sudah selesai makan sementara isteri pula masih terkial-kial menghabiskan makanan. Jangan panik, anda mesti boleh lakukan! Apabila berhadapan dengan situasi ini,  amalkan sikap bertenang.

*Pastikan si kecil menangis kerana tidak selesa lampin sudah dipenuhi najis atau air kencing.
*Baringkan bayi di atas tilamnya.
*Ambil barang keperluan untuk menukar lampin termasuk lampin yang bersih, tisu basah, air bersih dan tikar menukar lampin.
*Pujuk bayi sambil anda segera membuka lampin kotornya.
*Bersihkan kawasan sulit anak dan segera memakaikan lampin baru untuk mengelakkan dia daripada buang air kecil pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan