Setiap ibu
pasti mempunyai keinginan untuk menyusukan anak selepas melahirkannya. Walaupun
kadang kala ibu sudah menetapkan dalam minda untuk menyusukan bayi namun
adakalanya terdapat halangan yang membantutkan rancangan tersebut.
Bagi ibu
yang melahirkan bayi secara normal, peluang untuk terus menyusukan bayi sejurus
melahirkannya sangat tinggi. Ibu boleh berbincang dengan doktor yang menyambut
kelahiran tetang keinginan tersebut.
Bagaimanapun
bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, peluang menyusukan
bayi sebaik dilahirkan bergantung kepada keadaan ibu ketika itu. Ada ibu yang
diberikan suntikan bius penuh atau separuh sedar ketika proses pembedahan
dijalankan.
Berdasarkan
pengalaman, jika diberi suntikan penuh, ibu hanya akan sedar semula selepas
enam jam selesai pembedahan.
Ini
bermakna jika ibu tidak sedar selepas melahirkan anak, dia tidak mampu
memberikan susu awal terbaik kepada bayinya. Bahkan ramai beranggapan proses
bersalin secara pembedahan turut menghalang pergerakan ibu. Ini disebabkan oleh
luka jahitan yang menghalang ibu untuk bebas bergerak menyusukan bayinya.
Namun cuba
ubah kenyataan tersebut. Mungkin anda boleh melakukan sesuatu untuk cuba
memberikan susu ibu terawal kepada bayi tersayang. Ibu yang menjalankan
pembedahan Caesarean tetap boleh memberikan kolostrum awal kepada bayi sebaik
dilahirkan. Berbincang dengan doktor untuk hal tersebut.
Jururawat
hospital biasanya bersedia membantu ibu menjayakan rancangan tersebut dengan
cara menunjukkan cara memegang bayi agar tidak membahayakan perut ibu yang
baharu dijahit. Ia sangat penting diketahui oleh ibu kerana tekanan pada luka
jahitan pembedahan yang boleh menyebabkan luka atau berdarah.
Memang
hakikatnya menyusukan bayi selepas menjalankan pembedahan Caesarean mempunyai
risiko tersendiri. Justeru, ibu perlu mendapatkan sokongan daripada mereka yang
pakar untuk membantu. Sebaiknya dapatkan konsultasi daripada konsultan laktasi
secepat mungkin bagi membantu anda menjayakan proses penyusuan dengan selesa.
Hal ini penting supaya anda tidak merasakan pedih pada puting payu dara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan