m

Cegah Kegemukan Sejak Bayi

 

Bayi memang kelihatan comel sekiranya mempunyai badan yang debab dan muka yang montel. Tetapi semakin dia membesar, jika saiz badannya terus membesar ia akan dipanggil sebagai kanak-kanak obesiti.
Gejala obesiti sering dikaitkan dengan masalah kesihatan berkaitan dengan tubuh badan seseorang. Ia juga akan berhubung kait dengan pelbagai masalah lain. Obesiti atau kegemukan berkaitan dengan corak pemakanan seseorang. Tabiat pemakanan kurang sihat yang diamalkan sejak kecil akan mempengaruhi bentuk saiz badan anak anda semakin dia membesar kecuali anak mengalami perubahan selera makan dan semakin aktif bermain.
Oeh itu, ibu bapa perlu prihatin dengan tabiat pemakanan anak sejak mereka mula diperkenalkan dengan makanan pejal agar boleh mencegak masalah kegemukan.
  1. Tindakan pencegahan awal adalah dengan menyusukan bayi selama mungkin. Walaupun menyusukan bayi secara eksklusif disarankan sehingga bayi berusia enam bulan, namun dengan terus menyusukan bayi ketika dia mula diperkenalkan dengan makanan pejal akan membuatkan bayi cepat kenyang serta mengelakkan dia makan secara berlebihan.
  1. Jika anda memberi bayi susu formula, biasakan anak hanya minum susu apabila dia lapar sahaja dan bukan mengikut jadual. Dengan cara ini, keinginan bayi untuk makan akan dapat dikawal kerana dia hanya meminta ketika lapar sahaja.
  1. Kawal pengambilan gula furktosa  dan lemak trans dalam makanan yang berisiko meningkatkan berat badan anak naik dengan cepat.
  1. Disarankan memberi anak minum jus buah (perahan sendiri) yang mempunyai vitamin dan tenaga yang lebih baik untuk anak berbanding makanan atau minuman ringan yang sekadar meningkatkan berat badan anak. Gula semula jadi yang terkandung dalam buah menjadi sumber tenaga utama anak yang juga tidak membuatkan anak gemuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan