Memberikan
pendidikan yang paling terbaik kepada anak tersayang menjadi impian utama
mereka yang bergelar ibu bapa. Peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi
pada masa kini membuatkan ibu bapa perlu memikirkan tentang kos pendidikan
anak-anak mereka di masa hadapan.
Sebagai
ibu bapa, anda perlulah merancang pelan kewangan pendidikan untuk si manja
kesayangan sejak mereka dilahirkan lagi. Kini ada pelbagai pilihan pelan
kewangan yang mampu dibiayai oleh setiap ibu bapa demi memastikan masa depan
anak tersayang terjamin.
Jika anda
masih lagi tercari-cari produk bersesuaian untuk membiayai kewangan pendidikan
anak, produk IKHLAS Education Takaful Plus adalah pelan yang dapat membantu
anda mengenepikan sebahagian peruntukan kewangan khusus untuk pendidikan
anak-anak. Ia turut menyediakan perlindungan jika anak anda mengalami kecacatan
atau kematian.
Produk
yang direka khas untuk anak yang berusia antara sebulan hingga 12 tahun ini
amat memudahkan ibu bapa merancang pelan pendidikan untuk anak mereka seawal
usia kelahiran lagi. Pelan kewangan ini mencapai tahap matang pada saat anak
anda bersedia untuk melangkah ke menara gading pada usia 18 ke 23 tahun.
Mengapa
perlu memilih Ikhlas Education Takaful Plus?
Sebelum
melaburkan wang untuk satu jangka masa yang panjang, pasti anda akan menyelidik
apakah faedah yang akan dinikmati? Apabila memilih pelan pendidikan Takaful
Plus, banyak faedah menarik yang bakal dinikmati oleh anda dan si manja
kesayangan.
Pengeluaran
wang
Anda boleh
mengeluarkan wang daripada pelan ini selepas tempoh lima tahun simpanan
dilakukan. Ia boleh dilakukan selang dua tahun berikutnya untuk setiap
pengeluaran. Namun jumlah pengeluaran yang dibenarkan hanya sebanyak lima kali
seumur hidup insurans tersebut.
Menambah
jumlah bayaran
Pelan ini
membenarkan anda untuk menambah jumlah wang di masa hadapan untuk premium
insurans tesebut. Jumlah minimum tambahan adalah sebanyak RM50.
Anugerah
kecemerlangan pendidikan
Ini adalah
faedah yang paling menarik buat ibu bapa dan pastinya anak-anak. Setiap
anak yang diinsuranskan berpeluang menikmati ganjaran kewangan apabila memperoleh
keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM.
Mereka akan mendapat RM100 setiap A yang diperolehi dalam keputusan
peperiksaan. Tetapi ganjaran ini hanya akan diterima jika perakuan ini sudah
berkuat kuasa sekurang-kurangnya minimum tiga tahun.
Bagi ibu
bapa muslim, faktor patuh syariah sudah pasti menjadi keutamaan dalam mencari
produk kewangan keluarga. Jangan risau tentang hal tersebut kerana Takaful
Ikhlas Sdn. Bhd (Takaful IKHLAS) adalah subsidiari milik penuh MNRB Holdings
Berhad.
Operasi
perniagaan dan pengurusan adalah mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Syarikat
memberi penekanan dalam memastikan keadilan dan kesaksamaan terhadap semua urus
niaga kerana percaya dalam menyediakan kemudahan menjalankan perniagaan kepada
rakan kongsi terpenting syarikat iaitu para Pelanggan.
Berdasarkan
faktor tersebut, Takaful IKHLAS mengunakan sistem kontrak Wakalah
sebagai sistem yang membentuk operasi dengan pelanggannya. Wakalah
adalah bentuk perhubungan perwakilan antara Takaful IKHLAS dan seseorang
peserta (Prinsipal/Pelanggan).
Takaful
IKHLAS menggunakan kontrak berikut untuk mengendalikan perniagaan insuransnya:
a. Tabarru’ – derma bagi tujuan perpaduan dan
kerjasama antara Peserta dan digunakan untuk membantu Peserta ketika ditimpa
musibah.
b. Wakalah – bermaksud agensi. Di dalam konteks
ini, ia merujuk kepada satu kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana
Peserta membenarkan Syarikat menguruskan tabung bagi pihak dirinya.
Dalam soal
bayaran yang dikenakan dalam pelan kewangan IKHLAS Education Takaful Plus, ia
berdasarkan kepada model Wakalah di mana Takaful IKHLAS akan mengenakan
bayaran; Wakalah Fee daripada Penyumbang untuk pengurusan perniagaanya.
Lain-lain
produk Takaful IKHLAS
IKHLAS
Premier Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan di mana
caruman adalah berkala yang menawarkan dua dalam satu manfaat; iaitu
perlindungan takaful komprehensif terhadap kejadian tidak dijangka dan potensi
pertumbuhan pelaburan jangka panjang pada masa yang sama. Ia adalah pelan ideal
yang memberi perlindungan kekayaan dan memenuhi keperluan mengumpul kekayaan
pada masa yang sama.
Dengan
caruman bulanan mampu bayar serendah RM80 sebulan, anda mempunyai pilihan untuk
melabur dalam dana pelaburan berlainan iaitu Dana Growth, Dana Balanced atau
Dana Fixed Income bagi meningkatkan pulangan anda dan mengimbangi risiko
portfolio pelaburan.
IKHLAS
“Choice Plus” Platinum Individual Medical Rider adalah rider yang boleh
disertakan dengan pelan keluarga individu dengan caruman berkala. Ia
menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula
perbelanjaan perubatan anda yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital,
pembedahan atau rawatan perubatan pesakit luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan