Sebagai
ketua keluarga, papa bertanggungjawab memastikan ekonomi keluarganya berjalan
lancar. Sikap jimat cermat papa membantu merencanakan masa depan keluarga yang
lebih cerah. Anda pula papa yang bagaimana bila berbicara soal jimat cermat.
Artikel ini berkongsi tip cara papa boleh mempraktiskan perbelanjaan
berhemah.
Memiliki
anak-anak yang sedang membesar dan tinggal di bandaraya sudah pasti menuntut
perbelanjaan yang tidak kurang hebatnya. Dilema antara keperluan dan kemahuan
dalam perbelanjaan isi rumah perlu diberi perhatian sebagai ketua keluarga.
Yang pasti, si kecil tidak pernah mengerti maksud ‘tidak’ apabila dia mahukan
sesuatu.
Penyediaan
buku catatan
Ia boleh
dianggap sebagai buku log yang mencatat perbelanjaan keluarga. Di dalam
buku tersebut boleh dicatatkan segala pengeluaran wang yang dilakukan untuk
tujuan perbelanjaan keluarga. Dari catatan itu, anda boleh tahu jumlah wang
yang digunakan untuk mana-mana perbelanjaan yang dilakukan. Jika perbelanjaan
tersebut tidak penting, ia boleh dipotong pada bulan hadapan.
Buat
simpanan
Mengenepikan
sebanyak lima hingga 10 peratus daripada pendapatan bulanan untuk tujuan
simpanan. Simpanan ini perlu ada dalam pelan kewangan keluarga untuk kegunaan
pada waktu kecemasan.
Rancang
perbelanjaan
Sebelum
membeli barangan keperluan rumah tangga, pastikan membuat senarai catatan.
Pastikan anda berdisiplin mengikut senarai tersebut agar kos pengeluaran
kewangan boleh dikawal. Jangan sesekali membeli barang-barang yang tidak perlu.
Bijak
membeli
Membeli-belah
ketika jualan murah juga boleh menjadi satu cara bijak membeli terutama pakaian
untuk anak-anak. Namun pastikan pembelian itu berbaloi untuk jangka masa lama.
Selain itu membuat tinjauan perbandingan harga juga boleh diguna pakai untuk
pembelian yang bijak.
Persediaan
Ini cara
mudah untuk berjimat ceramt tetapi berkesan. Sebelum membawa keluarga keluar
bersiar-siar di pusat membeli-belah pada hujung minggu, pastikan anda
sekeluarga sudah makan makanan berat dahulu di rumah. Bila perut sudah kenyang,
kurang sedikit kecenderungan membazir membeli makanan yang tidak menentu.
cSekurang-kurangnya ia membantu menjimatkan kos makan dan hanya membeli makanan
ringan sahaja yang diinginkan oleh anak-anak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan