SEBUT sahaja tentang fesyen, remaja paling tepat untuk dijadikan contoh berbanding golongan yang telah berusia.
Realitinya
industri fesyen sememangnya milik remaja, tidak kira lelaki atau perempuan.
Fenomena
fesyen K-pop, Hollywood, retro dan moden, semuanya menjadi taruhan fesyen
remaja.
Hakikatnya
perkembangan ini mempengaruhi penampilan golongan tersebut untuk tampil lebih
bergaya.
Sentuhan
dari hujung rambut ke hujung kaki nyata membuka ruang buat mereka yang ingin
mencuba segala yang baru.
Remaja
menjadi teruja mencuba pelbagai fesyen seluar, blaus, kemeja-T, skirt panjang
dan denim yang melimpah ruah di pasaran.
Ini belum
dicampur dengan pelbagai aksesori seperti beg tangan, dompet, kasut, tali pinggang,
anting-anting, gelang tangan, rantai dan kelip rambut
Biar tiada
wang tapi mesti bergaya - mungkin itulah slogan remaja yang gemar berfesyen.
KeinginanKoleksi
muda daripada Alfio Raldo misalnya, memenuhi keinginan remaja.
Ia tampil dengan warna-warna ceria seperti merah, merah jambu, oren, firus dan hijau.
Setiap
koleksi beg, dompet dan kasut merupakan rekaan eksklusif tanpa ada duanya..
Bagi
koleksi beg, ia didatangkan dengan tali panjang dan pendek untuk kesesuaian
gaya tersendiri.
Sementara
itu, dompet dan beg kecil dihasilkan daripada pelbagai warna dan reka bentuk.
Koleksi
kasut pula mempunyai gaya potongan yang elegan dan menawan dengan rekaan
kasual,
tumit tinggi, sniker, wedges, selipar dan banyak lagi.
Ia
menjanjikan sesuatu yang segar, ranggi dan bertenaga buat remaja yang gilakan
fesyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan