Menu ringkas dan simple untuk hidangan hari ini.
Menu yang mudah dan ringkas untuk hidangan makan malam kami sekeluarga.
Tapi kali ini saya tertarik dengan resepi Daging Masak Lada Hitam. Oleh kerana banyak bahan yang tak mencukupi, saya olah lah mengikut bahan-bahan yang ada di rumah aje.. Contohnya lada bengal saya gantikan dengan kacang pea. saya juga tambahkan daun ketumbar kerana saya amat sukakan harum baunya ketika di nikmati. Masa menumis juga saya tumiskan dahulu, rempah tumis empat sekawan supaya membangkitkan aromanya dan membuatkan saya seronok memasak di dapur.
Bagi kawan-kawan yang mungkin sedang mencari resepi yang mudah dan ringkas.. inilah resepi yang anda cari-cari... Jom kita ke dapur...
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
4 camca besar margerin ~ saya ganti minyak sayuran
3 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
10 tangkai cili kerang ~ rendam hingga lembut dan di kisar
1 camca besar lada hitam ~ dikisar
6 camca besar sos tiram
2 biji bawang besar ~ di hiris atau di dadu
1 biji cili bengal hijau ~ di dadu ( saya gantikan dengan kacang pea)
1 batang lobak merah di hiris kasar
2 tangkai cili merah ~ di hiris
500 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar ~ di mayang ( saya tambah)
CARA-CARA:
Daging di rebus hingga empuk, kemudian di hiris sederhana tebal
Panaskan margerin atau minyak dan tumis kan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau
Kacau hingga ia pecah minyak.
Tambahkan sos tiram secukupnya.
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Setelah kuah mendidih, barulah masukkan hirisan daging, bawang besar, lada bengal, lobak merah, cili merah dan daun ketumbar
Akhir sekali taburkan lada hitam dan gaul rata. Masak hingga kuahnya pekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan