m

ASAM PEDAS DAGING BERLADA


Ada yang sedang memikirkan menu apa untuk hidangan tengahari nanti..? Pasti inginkan sesuatu yang enak dan menyelerakan untuk seisi keluarga.
Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi kesukaan kami sekeluarga iaitu Asam Pedas Daging Berlada.
Masyarakat Melaka dan Johor tidak boleh lari dengan asam pedas kan? Seminggu pasti sekali mesti pekena asam pedas.. kalau tak, tak terasa lengkap pula..
Asam pedas daging ni biasa di makan bersama nasi hangat.. kalau ada sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman pun dah cukup membuka selera.. Makan pula bersama suami dan anak-anak makin bertambah-tambahlah nasi di dalam pinggan.
Selain di makan bersama nasi, kadang kala ita suka di cicah dengan roti jala, roti, lempeng atau jemput-jemput. Kalau makan dengan biskut cream creacker pun sedap! ambil kuah, bubuh dalam mangkuk dan patah-patahkan biskut. Biar dia terendam dan serap sebentar.. lepas tu bolehlah di makan.. aduhhhh.... memang kalau mak mertua lalu pun tak perasan la...


BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
5 biji bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
1 inc kunyit hidup ~ di kisar
2 inc halia ~ di kisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
1 sudu besar lada hitam ~ di kisar
1 batang serai ~ di ketuk
Sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 kuntum bunga kantan
4 tangkai daum kesum
2 kuntum bunga kantan


CARA-CARA MEMBUATNYA:

Daging di rebus hingga empuk dan di hiris hipis
Panaskan minyak, dan tumis bahan-bahan yang di kisar dan serai
Masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan daging dan gaul rata
Tambahkan sedikit air rebusan daging jika kuah kering
Masak hingga kuah mendidih
Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Masukkan daun kesum dan bunga kantan
Biarkan kuah merenih dan pekat
Sedia di hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan