KUALA
LUMPUR: Timbalan
Ketua Wanita Pusat PKR Rodziah Ismail mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua
Wanita Pusat PKR pada memilihan PKR 2014 nanti. Jawatan berkenaan kini
disandang Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin.
Katanya dalam satu kenyataan, pengumuman itu dibuat ekoran hasrat akar umbi
parti yang menggesa agar adanya suatu perubahan dalam sayap Wanita
"Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan
agenda masa depan Wanita PKR.
“Ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil
menyahutnya dengan segala i’tikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan
kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR: penerapan dan pengaktualan
pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti
wanita dan keakuran berlandaskan panduan dan perlembagaan parti,” kata Rodziah.
Beliau juga menyeru agak anggota wanita yang berkebolehan untuk menawarkan
diri untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR.
“Ia bertujuan agar barisan kepimpinan wanita PKR lebih mantap dalam usaha ke
arah membentuk masyarakat dengan rasa kasih dan empati, bersulamkan amalan
saling memberdaya dan melengkap,” katanya.
Pencalonan yang akan diadakan esok adalah untuk jawatan presiden, timbalan
presiden, empat naib presiden dan 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) serta hari pengundian akan bermula pada
25 April hingga 11 Mei manakala tarikh pengumuman keputusan pemilihan PKR Pusat
dijangka pada 13 Mei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan