Tubuh badan yang kekurangan air akan membuatkan bibir menjadi kering
dan pecah, sekali gus boleh mengganggu penampilan, contohnya gincu tidak
melekat dengan baik serta menampakkan kulit bibir yang menggelupas.
Antara punca bibir pecah dan kering adalah pencemaran udara dan debu,
perubahan suhu, kekerapan minum minuman yang mengandungi kafein atau
alkohol, tabiat merokok, kurang pengambilan buah-buahan dan
sayur-sayuran, kurang minum air, suka makanan masin atau masam dan
tabiat menjilat bibir dengan air liur.
Berikut antara langkah mengatasi masalah bibir kering dan pecah:
- Sinaran matahari antara punca bibir kering dan pecah. Oleh itu,
gunakan pelembap bibir kerana ia dapat menjaga kesegaran bibir.
- Sewaktu membeli gincu, perhatikan kandungannya. Pilih gincu yang
sesuai, sebaiknya mengandungi emolien dan bahan semula jadi serta
melembapkan bibir.
- Pastikan anda segera membersihkan sisa gincu sebelum tidur. Semasa
mencuci sisa gincu, gunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok
bibir selama beberapa minit. Anda juga boleh menggunakan tuala lembut
dibasahi air suam semasa membersihkan bibir. Jangan menarik kulit bibir
yang menggelupas kerana akan menyebabkan bibir luka dan berdarah.
- Jangan menjilat bibir dengan lidah kerana air liur mengandungi
kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir kering dan pecah.
Banyakkan minum air masak, seeloknya lapan gelas setiap hari. Air putih
juga membantu pembuangan bahan toksik dari badan melalui air kencing,
oleh itu jangan risau jika anda kerap ke tandas.
- Pastikan anda mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya.
Pilih sayur dan buahan yang mengandungi vitamin C, B dan E serta
mineral. Kandungan air dalam sayuran dan buahan terbabit dapat membantu
tubuh kehilangan banyak air.
- Tinggalkan tabiat merokok. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok
boleh menyebabkan warna hitam pada bibir selain mendatangkan kesan
buruk pada kesihatan tubuh badan.
- Sebelum tidur, pastikan anda menyapu pelembap bibir terlebih dulu.
Selain menggunakan pelembap bibir, anda juga boleh menggunakan bahan
semula jadi iaitu madu yang memberikan nutrisi pada bibir malah baik
untuk kesihatan.
- Lakukan urutan pada bibir menggunakan minyak zaitun kerana urutan
di bibir dapat membantu melancarkan peredaran darah pada bibir dan
membuatkan bibir sentiasa sihat.
- Sapukan sedikit mentega pada bibir kerana mentega dapat menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir merekah.
Petua tradisional:
- Ambil beberapa kelopak mawar dan rendam dalam susu segar selama
satu hingga dua jam. Selepas itu ambil air rendaman itu dan sapukan pada
bibir. Cara ini membantu melembapkan bibir yang kering dan mengekalkan
warna merah pada bibir.
- Sapukan susu pekat pada bibir dan biarkan selama dua jam kemudian
basuh. Amalan ini dapat membantu membuang kulit kering yang mati dan
melembutkan bibir.
- Potong timun dengan nipis dan sapukan timun pada bibir yang kering.
- Sekiranya ingin menyembuhkan bibir kering dan pecah dengan segera, sapukan bibir menggunakan gel lidah buaya.
- Oleskan tomato pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
Lakukannya sebanyak dua atau tiga kali sehari dan bibir kelihatan lebih
halus dan tidak pecah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan