BAHAN resveratrol daripada anggur
Penjagaan kulit dan produk pemutihan daripada Shiseido dihasilkan daripada kajian teliti sejak ia memperkenalkan losen pemutih pertamanya pada 1917, berkisar kepada keinginan wanita yang mahu memiliki kulit cerah dan putih berseri.
Sehingga kini, jenama terbabit terus berusaha mengekalkan keberkesanan dan keselamatan produknya dan ia diterima baik dengan meluas oleh masyarakat dunia terutama di Asia yang sangat menghargai kulit putih berseri.
Selari dengan namanya, rangkaian utama produk pemutihan Shiseido, White Lucent dihasilkan bagi mencapai kulit bebas noda. Baru-baru ini Shiseido melancarkan generasi kelima rangkaian White Lucent iaitu Total Brightening Serum yang boleh didapati di pasaran mulai Mac ini.
Disebabkan kesan pemutihannya yang dikesan baru-baru ini, Shiseido memilih resveratrol yang kebiasaannya terdapat pada buah-buahan seperti anggur merah sebagai bahan terbaru dalam serum berkenaan.
Ia memberikan hasil menakjubkan selepas kajian membabitkan lebih 4,000 bahan dijalankan. Shiseido menggunakan kaedah imbasan ko-kultur terbaru yang membenarkan pigmen melanocyte dan keratinocyte wujud bersama di makmal buat pertama kalinya. Keadaan itu membolehkan proses penyingkiran pigmen gelap keluar dari kulit dirangsang.
Saintis Bahagian Pemasaran Antarabangsa Shiseido Co Ltd Arei Shirai berkata, serum itu memberi hasil yang menggabungkan lima jenis warna putih untuk mendapatkan warna kulit sempurna.
Katanya, produk itu pendekatan pelbagai yang diambil dan digunakan dalam masa sama untuk menyasarkan fungsi kulit yang mempunyai kaitan dengan pemutihan dan pencerahan.
“Hasilnya adalah kombinasi lima warna putih berbeza untuk memberikan warna kulit yang berseri. Tidak kira anda mahukan putih bak mutiara, putih seperti bunga ceri, putih sesuci salji atau mana-mana jenis warna putih, serum ini mampu memberikan hasil seperti yang diingini,” katanya.
Shirai berkata, serum itu memberikan kesan yang lebih pantas dan hasilnya boleh dilihat dalam tempoh tiga bulan saja sekiranya digunakan secara konsisten. Ia juga memberi serapan yang lebih baik ke dalam kulit dengan teknik sapuan sambil menenangkan fikiran.
Serum berkenaan memberi kesan kepada setiap lapisan kulit dan ia diserap dengan sekata di mana lapisan pertama memberikan penampilan yang mulus, lapisan kedua memerangkap lembapan, lapisan ketiga menghalang melanin, lapisan keempat menghalang kulit menjadi kekuningan akibat sinaran UV dan lapisan kelima menggalakkan peredaran mikro sehingga menghasilkan kulit putih kemerahan.
Katanya, idea untuk menghasilkan serum itu datang daripada permintaan pelanggan sendiri dan ia memberi ilham kepada pihaknya untuk mempertingkatkan produk berkenaan.
“Cara paling berkesan adalah dengan menyapu serum ke bahagian yang disasarkan termasuk mampu memperbaiki pigmentasi lama dan noda pada kulit. Ia mampu mengurangkan pengeluaran melanin,” katanya.
Serum berkenaan turut dilengkapkan dengan bauan wangi yang mampu memutihkan kulit. Haruman segar yang turut menggabungkan rosenium iaitu bahan daripada minyak mawar Bulgaria.
Menurutnya, selepas kajian yang dilakukan pada lebih 100 bahan haruman berbeza, pihaknya mendapati bauan bunga mawar yang kuat boleh menghalang penghasilan melanin dalam kulit.
Cara pemakaiannya adalah disapu pada kulit pada sebelah pagi dan malam, selepas losen pelembut dan sebelum pelembap dengan cara menekan pam serum sebanyak dua kali ke atas tapak tangan sebelum disapu ke seluruh wajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan