kawasan rumah untuk mengelak terkena gangguan.
Dalam sains pula, garam terutama garam bukit mempunyai banyak kebaikan kerana hablur ini mengeluarkan tenaga sama seperti air. Apabila dua bahan ini (garam dan air) digabungkan, ia mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara berbeza. Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan dalam perawatan terutama memulihkan tenaga.
Dalam rawatan kecantikan, garam bukit diakui bagus untuk melancarkan perjalanan darah, merawat masalah kulit terutama kegatalan, jerawat, menghilangkan parut, membuang toksin dan sel kulit mati. Selain itu sejak dulu lagi garam diakui membantu meningkatkan aura dan potensi diri sekali gus menyerlahkan keanggunan wajah.
Jika ramai mengakui mengenai kebaikan mandi bunga dan susu, begitu juga dengan mandi garam. Garam ternyata dapat digunakan sebagai bahan pelengkap ketika mandi. Garam yang digunakan biasanya dicampur dengan wangian atau minyak aroma mengandungi pati mawar, melati, lavender atau bahan kesihatan lain.
Menurut Pengarah Andamai Spa Rozila Ahmad, mandi garam selepas bersauna, berurut, sental dan lulur memberi kebaikan pada tubuh terutama merawat kulit sensitif. Walaupun nampak ringkas dan mudah, amalan memasukkan secubit garam ke dalam air mandian tersimpan pelbagai khasiat dan rahsia terutama dalam mengembalikan aura kecantikan.
“Ini kerana aura yang dikeluarkan dalam molekul garam mampu menghindarkan pelbagai masalah termasuk mengurangkan keletihan selepas penat bekerja dan toksin dari tubuh. Racun itu dikeluarkan melalui pori-pori kulit dan keringat sekali gus menjadikan kulit lebih cantik dan halus,” katanya.
Tambahnya, dalam keadaan cuaca panas dengan persekitaran berjerebu wanita sering berhadapan dengan pelbagai masalah kulit serta mudah letih dan lesu. Oleh itu, penting bagi mereka mendapatkan rawatan bersesuaian di spa yang bukan saja berupaya memulihkan kesihatan badan juga membersihkan kulit dan menaikkan seri wajah.
Untuk itu, Andamai Spa menasihatkan pengguna melakukan sauna bagi membolehkan pembukaan pori, urutan tradisional, sental, lulur dan mandi garam bertujuan mengembalikan seri tubuh dan wajah.
“Setiap rawatan menggunakan bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan. Bahan sental misalnya dihasilkan daripada beras, dadih dan kopi hijau yang dihancurkan bagi memberikan kesan berbeza kepada pelanggan.
“Selepas itu pelanggan diminta mandi garam bersama air suam selama 20 minit menjadikan badan lebih bersedia berhadapan dengan pelbagai bebanan kerja sepanjang hari. Ia sangat sesuai terutama buat wanita bekerja yang sibuk di pejabat dan di rumah supaya mereka lebih tenang melakukan kerja dalam cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Mengenai kerisauan wanita 40-an mengenai kulit yang semakin mengendur, spa ini turut menyediakan rawatan laser sebagai cara mengembalikan keanjalan wajah tanpa sebarang suntikan. Sejenis gel disapu pada kulit sebelum mesin atau imbasan digunakan.
Bagi yang ingin menggunakan kaedah semula jadi, terapi turut melakukan kaedah urutan menggunakan jari dengan menarik bahagian tulang pipi ke atas sepanjang sesi selama 45 minit hingga 1 jam.
“Namun begitu kombinasi mesin dan tangan lebih berkesan kerana mampu melancarkan peredaran darah sekali gus menjadikan kulit lebih anjal. Jika dilakukan secara rutin, pelanggan dapat melihat hasilnya.
“Selepas pulang ke rumah, saya turut menasihatkan mereka supaya mengurut wajah dari bawah ke atas bagi mengelak kulit kendur. Ini boleh dilakukan setiap kali memakai krim atau bedak asas juga ketika mencuci wajah. Walaupun ramai yang tidak menyedarinya, jika dilakukan setiap hari akan menampakkan kesan ketara,” katanya yang menjalankan perniagaan di Laman Seri, Shah Alam sejak tiga tahun lalu.
Dia yang meminati bidang kecantikan dan sering mengunjungi spa sejak zaman remaja mengakui bekerja di bidang ini menjadikan dirinya lebih peka terhadap keperluan wanita dan apa yang mereka inginkan.
Dengan kesibukan di pejabat serta menguruskan keluarga di rumah, wanita berhadapan seribu satu masalah bukan saja membabitkan kesihatan tetapi kecantikan dan emosi.
Dengan harapan ingin membantu wanita keluar daripada masalah yang dihadapi sekali gus menjadikan diri lebih ceria, yakin dan bergaya terutama untuk suami dan keluarga maka lahirlah Andamai Spa.
“Saya percaya wanita bukan saja berkeinginan untuk cantik, tetapi ingin berada dalam emosi yang stabil serta berkeyakinan berhadapan dengan masyarakat. Sejak mula beroperasi apa yang saya tekankan adalah memilih produk bertaraf lima bintang, 100 peratus bahan semula jadi, tanpa bahan kimia, dan alkohol. Selepas membuat kajian dan menggunakan beberapa jenama antarabangsa, saya menemui Pevonia, produk botani dari Amerika Syarikat yang diakui berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah berkaitan kulit dan tubuh,” katanya.
Menawarkan pakej lengkap untuk badan dan muka, spa terbabit turut menyediakan rawatan kuku kaki dan tangan. Setiap rawatan yang ditawarkan bergantung kepada masalah pelanggan dengan khidmat rundingan daripada terapi terlatih.
URUTAN wajah menggunakan jari teknik berkesan mengembalikan keanjalan wajah.
BAHAN semula jadi untuk lulur badan.
GARAM ditabur ke dalam bekas mandian berisi air suam.
GARAM ditabur ke dalam bekas mandian berisi air suam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan