Keletihan
dan komitmen selepas melahirkan anak tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan
suami tercinta. Akibatnya, bahang asmara semakin suam. Pastikan anda usahakan
sesuatu bagi terus menyemarakkan hubungan asmara bersama suami tanpa
mengabaikan tanggungjawab kepada si manja.
Tip segarkan hubungan asmara anda:
Pengertian
makna seks sebenar
Beritahu
diri bahawa seks bukanlah hubungan intim semata-mata. Malah ia lebih daripada
itu. Oleh itu, suami hendaklah meluangkan sedikit masa di pagi hari untuk
membelai mesra rambut isteri sebagai tanpa kasih dan sayang kepada isteri.
Kisah
cinta anda berdua
Cuba
elakkan daripada bercerita tentang anak-anak tatkala anda sedang
berdua-duaan dengan isteri. Berceritalah tentang kisah cinta anda berdua dan
impian pada masa hadapan. Pasti lebih menyeronokkan.
Jadi
lebih kreatif
Untuk
bermesra dengan isteri, tidak semestinya di rumah. Ada banyak tempat yang boleh
anda pilih. Misalnya di hotel yang lebih tenang dan selesa suasananya.
Aksi
spontan
Hubungan
intim bukan hanya di bilik. Banyak lagi ruang di rumah anda yang boleh
dijelajah untuk memberikan kelainan. Tapi, sebelum itu, pastikan tidak ada yang
perasan aktiviti anda berdua. Terutamanya anak-anak.
Lebih
realistik
Jangan
malu-malu meminta kepada isteri jika anda ‘mahu’ kerana isteri tidak tahu apa
yang ada dalam fikiran. Lebih baik berterus-terang. Kalau tidak ada yang tidur
tak lena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan