Anak-anak
umpama permata hati bagi ibu dan ayah. Kita terlalu sayang akan mereka. Namun
kadang kala kita tidak boleh menerima kesalahan yang mereka lakukan.
Kita
terlalu mahukan yang terbaik untuk mereka sedangkan sebagai kanak-kanak mereka
perlu belajar dari kesilapan. Justeru berilah sokongan dan dorongan kepada
mereka apabila melakukan kesilapan.
Pelukan
merupakan salah satu bentuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan. Berikan
anak anda pelukan setiap hari. Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk
setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang
dipeluk.
Bila kita
peluk dia setiap hari terutamanya seorang ibu, anak tahu yang kita sayangkan
dia. Dia akan tahu kita sentiasa menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar
bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan