Di manakah MH370?
Najib di sidang media KLIA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (lima, kanan) pada sidang media mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Sabtu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Bayi antara penumpang MH370

Sebahagian ahli keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang tiba di KLIA. Sementara itu Jabatan Imigresen memberitahu bahawa mereka membuka kaunter khas untuk keluarga penumpang Malaysia Airlines MH370 membuat pasport segera di pejabatnya di Putrajaya, Ahad.
Najib bertemu keluarga mangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa berjumpa dengan ahli keluarga pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 yang hilang. Waris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan dikatakan akan dibawa ke KLIA untuk diterbangkan ke satu lokasi yang masih belum dimaklumkan.
Menanti dalam pasrah

Antara ahli keluarga penumpang pesawat MH 370 berada di KLIA setelah diminta oleh pihak MAS melalui panggilan awal pagi. Beberapa ahli keluarga memberitahu mereka diarahkan supaya membawa pasport dan akan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diberitahu.
Cemas di KLIA

Antara ahli keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 227 penumpang termasuk dua orang bayi dan 12 anak kapal di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
MH370 hilang sejak pagi Sabtu

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media mengenai pesawat MAS MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang dipercayai hilang dari radar. Pesawat yang dalam penerbangan ke Beijing itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada sabtu 2.40 pagi Sabtu kira-kira dua jam setelah berlepas dari KLIA.
Sidang media dari KLIA

Perkembangan nahas MH370 (dari kiri) Ketua Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Markas Operasi Udara, Mej Jen Datuk Affendi Buang pada sidang media terkini kejadian nahas pesawat MAS MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang dipercayai hilang dari radar ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penghormatan dari Stadium Darul Makmur

Penyokong Pahang yang digelar Elephant Army memberi penghormatan kepada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang dipercayai hilang dari radar ketika perlawanan Liga Super Pahang menentang ATM di Stadium Darul Makmur dekat sini, malam Sabtu.
Kapal penyelamat giat mencari

Kapal penyelamat KM Amanah menjalankan operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada awal pagi Sabtu.
Keluarga mahu penjelasan

Ahli keluarga penumpang MH370 dari China menunjukkan surat meminta penjelasan kepada syarikat penerbangan Malaysia yang ditandatangani oleh saudara mara pada Mac 9, 2014.
Pilu

Chrisman Siregar (tengah) yang merupakan ayah kepada seorang penumpang MH370 dari Indonesia Firman Siregar, cuba menenangkan isterinya Herlina Panjaitan.
Mendoakan kepulangan

SamiBuddha mengadakan upacara doa khas untuk untuk penumpang pesawat MH370, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 9 Mac, 2014.
Misi menyelamat masih berterusan

Laksamana Mohd Amdan Kurish Malaysia (kiri) memeriksa radar semasa operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di luar Pantai Tok Bali di Kelantan pada 9 Mac, 2014.
Bantuan dari Vietnam

Tentera udara Vietnam menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada Ahad, 9 Mac 2014.
Doakan keselamatan MH370

Para jemaah mengaminkan doa selepas solat hajat yang dipimpin oleh Imam Hazarudin Baharuddin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang.
Eksekutif IBM antara penumpang MH370
Gambar Philip Wood, seorang eksekutif IBM dari Amerika Syarikat yang bekerja di Beijing antara salah seorang penumpang MH370.
Memohon kepulangan

Sebahagian daripada 500 jemaah Masjid At-Taqwa mengaminkan bacaan doa memohon keselamatan para penumpang dan krew pesawat MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak Sabtu, ketika mengadakan Solat Hajat anjuran 1M4U
Tumpuan media

Seorang wartawan menggunakan telefon pintar untuk merakam Hugh Dunleavy, Pengarah Komersial Malaysia Airlines yang sedang bercakap bersama media.
Mencari MH370
Doa sebelum operasi

Krew tentera udara Indonesia Boeing 737 "Surveiller" serta patrol udara marin dari Skuadron ke-5 "Black Mermaids" berdoa sebelum memulakan misi mencari MH370 yang akan dilakukan di Selat Melaka. Pasukan ini bertolak dari pangkalan udara Suwondo di Medan, Sumatra Utara, Indonesia.
Taklimat peta

Pasukan Tentera Udara Indonesia mengkaji peta Selat Melaka ketika sesi taklimat sebelum memulakan operasi mencari MH370. Malaysia turut meminta bantuan India untuk mencari di Laut Andaman, iaitu arah barat laut dari lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang.
Perhatikan horizon

Ahli Badan SAR Nasional Indonesia, BASARNAS, menggunakan binokular bagi mengamati keadaan laut dalam operasi pencarian MH370. Pihak berkuasa kini meluaskan lagi kawasan misi mencari pada hari kelima operasi.
Sedia untuk mencari

Pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370 kata pihak Angkatan Tentera Malaysia.
Menjawab soalan

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya (kanan) menjawab soalan ketika sidang media pada Rabu.
Masih kabur

Pihak ATM enggan mengambil risiko mengenepikan sebarang kemungkinan dan terpaksa mengerakkan aset untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Selat Melaka.
Bantuan tidak diundang

'Bomoh' Ibrahim Mat Zin, hadir untuk memberikan 'bantuan' secara spiritual dalam usaha mencari pesawat MH370. Tindakan ini mendapat kecaman pelbagai pihak apabila ia dilihat sebagai memalukan sebuah negara Islam.
Pelbagai soalan

Para wartawan dalam dan luar negara berpusu-pusu bertanyakan soalan ketika sidang media di sebuah hotel di Sepang. Setelah lebih empat hari, orang ramai kini mula membuat pelbagai andaian akan kehilangan pesawat malang terbabit.
Pengganti Jet Li sah penumpang

Pelakon lagak ngeri Ju Kun yang selalu beraksi menggantikan Jet Li merupakan salah seorang penumpang MH370. Foto ini diambil pada 7 Mac 2014 oleh Brian Ho, di Johor Bahru, sebelum menaiki pesawat MH370 untuk kembali ke Beijing.
Luahan rasa

Pelbagai cara digunakan untuk meluahkan rasa terhadap kehilangan MH370. Selain solat hajat dan klip video, ramai juga yang turut menyampai mesej prihatin mereka melalui lakaran.
Menghampiri seminggu

Saudara mara penumpang MH370 dari China tiba di KLIA dan ditempatkan di sebuah hotel di Sepang. Kehilangan misteri pesawat MH370 kini menghampiri seminggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan