m

Koleksi Foto Tragedi Yang Berlaku Ke Atas MH370

Nasib tragik MH370 
Berita suram
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikejar media tempatan dan asing selepas mengadakan sidang media khas berhubung pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin. Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman

MH370 hilang di Lautan Hindi
 Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Harapan berkecai
 Seorang wanita sebuah hotel Beijing, China menunggu berita kehilangan MH370. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdasarkan maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) telah mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan di mana lokasi isyarat terakhir dikesan daripada pesawat itu.

Keperitan hati
 Reaksi ahli keluarga seorang penumpang MH370 dari China selepas mendengar kenyataan mengesahkan pesawat tersebut hilang di kawasan selatan Lautan Hindi.

Tidak dapat menerima kenyataan
Seorang ahli keluarga penumpang MH370 meraung apabila mendengar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat tersebut hilang di selatan Lautan Hindi selepas hilang selama 17 hari. Semua 227 penumpang dan 12 anak kapal dikhuatiri terkorban.

Tragedi MH370
 Seorang wanita diusung keluar sebuah hotel di Beijing, China pada hari Isnin selepas mendengar kenyataan MH370 hilang di selatan Lautan Hindi dan dikhuatiri terhempas.

Pasrah
Selamat Omar,60, ayah kepada penumpang MH370 Mohd Khairul Amri Selamat, 29, bersama isterinya Rosila Abu Samad kelihatan sedih selepas mendengar pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung lokasi terakhir pesawat MH 370 di Hotel Everly, Putrajaya pada hari Isnin

Masih banyak persoalan tidak terjawab
 Seorang ahli keluarga di Beijing diusung keluar selepas mendengar kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa MH370 hilang di selatan Lautan Hindi. Meskipun nasib tragik pesawat tersebut diumumkan secara rasmi, warga dunia masih tertanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada MH370? Di manakah pesawat atau serpihannya? Persoalan-persoalan yang masih tiada jawapannya.

Keperitan seorang ibu
 Ahli keluarga seorang penumpang MH370 di Metro Park Lido Hotel, Beijing, China menangis mengenang nasib orang kesayangannya dalam pesawat tersebut.

Mengenang MH370
Pengumuman MH370 hilang dan semua 239 penumpang dan krew terkorban amat sukar diterima. Insiden ini telah meruntun bukan sahaja jiwa rakyat Malaysia tetapi warga seluruh dunia.

Pesawat MAS MH370 hilang
Pesawat hilang
 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya ketika sidang media oleh syarikat penerbangan itu yang diadakan di Sama-Sama Hotel, Sepang. Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Merah
Seorang lelaki merakam gambar papan pameran maklumat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Maklumat Malaysia Airlines pesawat MH370 ditandakan dengan warna merah. Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi.

Pejabat MAS di Beijing
 Reaksi seorang warga kerja Malaysia Airlines di ibu pejabat mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak 
 kapal.

Boeing yang hilang
Gambar pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Narita, berhampiran Tokyo. Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang awal pagi tadi.

Menanti di Beijing
Seorang rakyat Malaysia berkata kepada media China bahawa beliau mempunyai saudara yang merupakan diantara penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang.

Sesi soal jawab
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya ketika sidang media yang diadakan di Sama-Sama Hotel, Sepang. Beliau mengesahkan bahawa pesawat MH370 membawa 239 penumpang dari 14 negara.

Sedih
Seorang wanita yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China. Beliau berkemungkinan mempunyai saudara yang merupakan diantara penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.

Menuggu khabar
Beberapa warga China menunggu berita terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing mengenai pesawat MH370yang dilaporkan hilang.

Sidang media pesawat hilang
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kiri) menjawab pertanyaan media semasa sidang media mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Diselubungi kesedihan
Antara ahli keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 227 penumpang termasuk dua orang bayi dan 12 anak kapal yang dipercayai terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi.

PrayforMH370 
Ucapan 'Pray for MH370' terpapar di aplikasi WeChat memohon agar anak kapal serta penumpang dapat diselamatkan.

Lokasi terakhir
Gambar yang diambil dari flightradar24.com melaporkan lokasi terakhir kapal terbang MH370 sebelum dilaporkan hilang.

Doa-doa buat MH370
Hanya pada-Mu ku serahkan segalanya

Seorang hadirin sedang khusyuk berdoa ketika Majlis Solat Hajat keselamatan Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang dianjurkan oleh Astro dan Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada Rabu.

Dedikasi untuk yang masih hilang
Anak kecil yang hadir majlis nyalaan lilin di Dataran Merdeka ini masih terlalu muda untuk memahami apa yang sedang terjadi ketika negara dalam kebimbangan terhadap kehilangan 
Pesawat MH370.

Simbolik demi yang masih hilang
Orang ramai melepaskan tanglung keudara dalam yang masih hilang sebagai simbolik majlis nyalaan lilin sempena memperingati penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang.

Semoga mereka yang hilang itu selamat
Dua lelaki ini mengirimkan doa mereka demi keselamatan penumpang dan krew pesawat MH370 ketika majlis nyalaan lilin di Dataran Merdeka.

Cahaya harapan
Tiga pelajar dari Sekolah Antarabangsa Hailiang di Zhuji, China ini menyalakan lilin sebagai simbol dedikasi dan harapan mereka kepada penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini.

Memohon semuanya selamat
Anggota polis beragama Buddha mengadakan sembahyang khas untuk anak-anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu di Mahindrama Buddhist Temple, Georgetown.

Bantuan-Mu ku pohon
Para jemaah bersama-sama mengaminkan doa selepas melakukan solat hajat di Putrajaya bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Sebak namun tidak berhenti berharap
Kakitangan MAS, Rusdi Yusof menangis ketika menunaikan solat hajat di Masjid KLIA bagi memohon keselamatan para penumpang pesawat penerbangan MH 370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu.

Masih ada harapan
Pelbagai ucapan, doa dan harapan didedikasikan kepada penumpang dan krew pesawat MH370 melalui sebuah papan yang diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Titisan airmata harapan
Seorang muslimat menitiskan airmata ketika berdoa selepas menunaikan solat hajat di sebuah masjid di Putrajaya demi keselamatan penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang.

Doa dari pelbagai agama
Beberapa sami Buddha juga turut tidak ketinggalan membaca doa di KLIA demi keselamatan penumpang dan krew pesawat MH307 yang masih hilang.

Harapan yang tidak pernah padam
Anak kecil ini menyalakan lilin yang disusun ketika majlis nyalaan lilin di Dataran Merdeka demi memperingati penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang masih hilang.

Doa para sukarelawan
Sukarelawan dari Persatuan Fo Guang Shan turut melampirkan doa mereka di KLIA kepada penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang sejak Sabtu lalu.

Keajaiban pasti berlaku

Pengukir pasir India, Sudersan Pattnaik memberikan garapan terakhir terhadap senibina pasirnya yang didekasikan kepada warga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang masih hilang ketika ini.

Berdoa untuk MH370
Wanita ini memegang sepanduk dedikasi kepada penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang sejak Sabtu lalu dan majlis ini berlangsung di Dataran Merdeka.

Bulatan doa dan dedikasi
Nyalaan lilin sambil dikelilingi oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Antarabangsa Hailiang di Zhuji China ini sebagai harapan dan doa tlus mereka agar penumpang dan krew pesawat 
MH370 selamat.

Memohon keselamatan dan kepulangan
Segenap lapisan mengadakan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.

Mohon permudahkan misi pencarian

Datuk Dr Fatima Az-Zahra membaca doa selepas solat hajat untuk MH370 anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Dewan Protokol Seri Perdana. Turut hadir, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Harapan orang ramai
Harapan orang ramai menandatangani kain rentang gergasi 'care and Pray for MH370' sebagai tanda sokongan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia MH370 di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuantan.

Solat hajat selapas solat Jumaat

Imam Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Zunaiddin Ibrahim memimpin bacaan doa bersama warga Kuantan selepas solat hajat selepas solat Jumaat.

Solat Istiqa dan hajat MH370 di Alor Setar
 
Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderuddin (kiri) menyampaikan tazkirah kepada muslimin yang hadir selepas melakukan Solat Istisqa memohon hujan serta melakukan Solat Hajat memohon keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 di Masjid Zahir Alor Setar.

Semangat yang takkan padam
Orang ramai menyalakan lilin serta menulis kata-kata ucapan pada belon-belon pada majlis mengingati insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu

Masihkah ada harapan?
Pelawat yang datang ke sebuah pasaraya di Petaling Jaya mengambil kesempatan mendoakan yang terbaik ke atas misi pencarian pesawat MH370.

Mural MH370
Seorang pelajar melalui sebuah mural yang dilukis sempena memperingati kehilangan MH370 di sekolah Benigno "Ninoy" Aquino, Manila Filipina.

Doa yang tak pernah putus
Orang ramai melepaskan belon dan berkumpul di hadapan susunan lilin yang bertulis 'Pray for MH370' yang diadakan di ibu negara

Lilin iringi doa

Harapan dan doa sentiasa mengiringi keselamatan anak kapal dan penumpang pesawat MH370

Berdoa bersama
Seorang budak lelaki di sebuah pasaraya di Petaling Jaya bersama-sama mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370


Tiada ulasan:

Catat Ulasan