Apakah ertinya pramatang?
Adakah saya berisiko untuk kelahiran pramatang?
Doktor masih sukar meramalkan sama ada wanita sihat akan mengalami kelahiran pramatang atau tidak. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kehadiran bakteria tertentu dalam urin akan meningkatkan kemungkinan kelahiran pramatang, walaupun anda mungkin tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. Oleh sebab ini, doktor anda akan mencadangkan anda untuk menjalankan ujian urin bagi bakteria pada awal kehamilan. Merawat jangkitan akan mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Vagina juga mengandungi bakteria yang dipercayai boleh meningkatkan kemungkinan kelahiran pramatang. Malangnya, kajian telah merumuskan bahawa antibiotik yang diberikan untuk menghapuskan bakteria ini akan menyebabkan sebarang simptom-simptom jangkitan berbangkit, namun begitu tidak juga akan membantu mengelakkan kelahiran pramatang.
Risiko yang mungkin ada bagi kelahiran pramatang
Terdapat banyak faktor risiko yang lain. Ingatlah bahawa anda mungkin positif bagi semua faktor-faktor ini, namun, masih boleh mengandung bayi anda sehingga genap sembilan bulan atau anda yang tidak positif bagi faktor-faktor ini, namun, masih melahirkan bayi secara pramatang. Faktor-faktor risiko ini ialah:
- jangkitan pada vagina dan saluran urin;
- hamil kembar atau lebih;
- merokok;
- mengambil dadah seperti kanabis, ekstasi atau kokain;
- hidup dalam kemiskinan;
- menjadi mangsa keganasan rumahtangga;
- beberapa keabnormalan pada uterus;
- pernah menjalani pembedahan serviks sebelum ini;
- pernah menggugurkan kandungan;
- pernah mengalami keguguran, terutamanya di antara minggu ke-16 dan ke-24;
- pernah mengalami kelahiran pramatang;
- bertukar pasangan di antara dua bayi pertama anda.
Jika air ketuban anda pecah atau anda mula mengalami kontraksi sebelum minggu ke-37 kehamilan, hubungi doktor anda dengan segera. Hubungilah dia walaupun pada tengah malam; jangan tunggu sehingga pagi – telefon dengan segera! Anda akan diminta pergi ke hospital. Jangan memandu sendiri. Jika tiada sesiapa boleh membawa anda ke hospital, hubungi ambulans.
Ketika di hospital
Anda akan menjalankan pemeriksaan vagina untuk mengetahui sama ada serviks anda semakin pendek dan membuka atau tidak.
Banyak ujian akan dijalankan untuk memeriksa jangkitan:
- ujian urin;
- ujian pengesatan lapisan vagina;
- ujian darah;
- amniosentesis.
Jika doktor anda tidak pasti sama ada proses perlahiran sudah berjalan atau tidak, anda akan dimasukkan ke wad antenatal untuk pengawasan.
Doktor tidak boleh menghalang perlahiran pramatang jika proses itu sudah bermula dan maupun anda berehat, anda tidak akan membantu menghalangnya. Jika kandungan anda itu kurang daripada 34 minggu, doktor anda akan memberikan anda ubat untuk menangguhkan perlahiran buat sementara waktu. Anda juga akan diberikan ubat steroid untuk membantu mematangkan paru-paru bayi anda. Paru-paru bayi anda belum bersedia menarik nafas sehingga kira-kira minggu ke-36 kehamilan, jadi, jika bayi dilahirkan sebelum ini, dia mungkin akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Suntikan steroid membantu paru-parunya matang dengan lebih cepat.
Jika anda lebih daripada minggu ke-34 kehamilan, doktor anda akan membenarkan perlahiran diteruskan secara normal. Selalunya, bayi anda akan sihat walaupun saiznya agak kecil (sila lihat Bila bayi anda dilahirkan di bawah).
Bagaimanakah pengalaman kelahiran pramatang?
Memang
sukar bagi anda menggambarkan kejutan anda apabila anda mengetahui anda
akan melahirkan bayi anda beberapa bulan lebih awal. Anda akan berasa
risau dan mungkin perasaan anda kurang stabil disebabkan segala
perhatian yang diberikan oleh doktor kepada anda. Elok sekiranya anda
meminta bidan dan doktor anda menjelaskan semua perkara berkaitan
kondisi anda.Denyutan jantung bayi anda akan diawasi sepanjang perlahiran, iaitu mungkin menggunakan transduser electronik yang diletakkan di perut anda. Jika anda mahukan ubat penahan sakit, anda tidak dinasihatkan mengambil petidina sebab ubat ini akan menjejaskan pernafasan bayi anda. Epidural adalah pilihan yang lebih baik.
Mengalami perlahiran pramatang tidak bermakna anda perlu melalui pembedahan caesarean. Namun begitu, pembedahan caesarean mungkin perlu jika perlahiran anda bermula selepas pendarahan atau bayi anda dalam keadaan sangat stres.
Bila bayi anda dilahirkan
Jika
bayi anda dilahirkan sebelum minggu ke-34, dia mungkin perlu ke Pusat
Penjagaan Insentif Neonatal dengan segera. Anda mungkin boleh melihat
bayi anda sebentar sahaja sebelum dia dibawa pergi. Ini amat menakutkan
dan anda akan memerlukan sokongan daripada doktor, yang sememangnya
memahami perasaan anda.Anda boleh melihat bayi anda sekerap mana yang anda kehendaki. Anda akan berasa yang anda tidak boleh melakukan apa-apa untuknya, tetapi ini tidak benar. Anda masih boleh menukar lampinnya, mengusapnya, bercakap dengannya, dan mungkin memegang dan menyusukannya. Ingatlah bahawa bayi anda memerlukan layanan yang istimewa yang hanya boleh diberikan oleh ibu dan bapanya, sama banyaknya dia memerlukan bantuan perubatan.
Bayi yang dilahirkan antara minggu ke-34 dan ke-37 mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Bayi anda mungkin akan terus ke wad posnatum bersama anda. Anda digalakkan mendukungnya rapat dengan dada anda. Ini akan memberikan belaian emosi dan fizikal yang baik untuk pembesaran bayi anda.
(Baca dengan lebih lanjut mengenai menjaga bayi pramatang anda.)
Adakah saya akan mengalami kelahiran pramatang sekali lagi?
Jika anda telah mengalami kelahiran pramatang sebelum ini, anda berisiko tinggi untuk mendapat seorang lagi bayi pramatang. Tommy's, organisasi kebajikan bayi pramatang UK, mengatakan bahawa terdapat kemungkinan sebanyak 15 peratus yang anda akan mengalami perlahiran pramatang kelak. Buat masa ini, doktor tidak tahu bagaimana mengelakkan seorang wanita itu dari mengalami kelahiran pramatang. Walau bagaimanapun, jika anda merokok atau mengambil dadah, risiko ini boleh dikurangkan apabila anda berhenti melakukannya. Bagi yang telah melalui perlahiran pramatang, anda sekurang-kurangnya, sekarang boleh bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan bayi anda dilahirkan awal. Doktor anda akan mengawasi kehamilan anda dan akan membantu anda menangani sebarang perasaan takut yang akan anda rasakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan