Bunga ceri
putih mekar dijadikan simbol pembaharuan dan keremajaan yang memberi sinar baru
tatkala kelopak bunganya bertukar kepada warna merah jambu.
Rona
lembutnya semakin menyerlah apabila matahari terbenam pada musim panas di
Provence. Pakar wangian, Karine Dubreuil turut menghargai setiap keunikan
haruman berasaskan bunga ceri.
Di
Provence, pakar haruman mengumpulkan hasil tuaian kelopak bunga sebelum pati
yang berasaskan buah dan bunga diesktrak.
Kesegaran wangian utama daripada buah-buahan sitrus menyerlahkan haruman asas kayu zaitun dan kesturi yang mempesonakan, sekali gus menerbitkan aroma manis yang menawan.
Lebih menarik apabila rekaan botol rona terang bermotifkan cetakan skrin itu jelas memaparkan warna lembut wangian berkenaan yang memberi maksud pertemuan indah antara matahari terbenam dengan pokok ceri.
Haruman Eau Intense Red Cherry lengkap ditampilkan bersama edisi terhad Fragrance Touch yang mudah dibawa ke mana saja bagi mengekalkan haruman romantik sepanjang hari.
Selain wangian, rangkaian penjagaan badan seperti gel mandian, losen badan dan tangan menggunakan motif sama turut diperkenalkan.
Gel mandian edisi terhad yang dicipta membantu mencerahkan kulit dan menyegarkan badan. Air yang membasahi kulit di samping menyerlahkan haruman manis, sekali gus membangkit semangat di pagi hari.
Krim pelembap, Petal-Soft memberi peluang kepada wanita untuk memanjakan kulit badan dan tangan pada masa sama. Ia memberi kesegaran dan kelembapan setiap kali disapu pada kulit.
Sapuan krim tangan yang mudah menyerap ke dalam kulit selepas mandian membantu mengembalikan kehalusan dan kelembutan kulit.
Hasilnya, kulit tampak lebih licin, lembut dan harum dengan aroma memukau daripada ekstrak buah-buahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan