Sudahlah
sakit yang menimpa di bahagian kakinya itu masih menghantuinya, Hrithik pada
masa sama berdepan juga masalah rumah tangga.Meski sudah menyatakan berpisah
dengan Sussane, namun hubungan Hrithik Roshan dengan isterinya itu masih baik.
Apatah
lagi kalau urusan berkaitan dengan anak, mereka berdua akan bersikap
seolah-olah tidak ada masalah di antara kedua-duanya.
Menurut
suatu sumber, perhubungan baik antara Hrithik dan Sussane itu dapat dilihat
sewaktu majlis hari lahir anak mereka baru-baru ini.
Contohnya,
pada majlis hari lahir anak mereka, Hrehaan Roshan yang ketujuh baru-baru ini,
pasangan itu turut meraikannya.
"Pesta
ulang tahun kelahiran itu yang mengetengahkan suatu tema yang dikenali sebagai
Taman
Hreehan. Mereka sangat pandai mengaturnya dan majlis itu berjalan dengan
teratur," kata sumber itu kepada Apunkachoice.com.
Keretakkan
hubungan pasangan itu sudah lama diperkatakan yang mana mereka berpisah tempat
tinggal sejak beberapa bulan yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan