SYARIKAT penerbitan buku Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) turut mengambil bahagian dalam Pesta
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2014) yang akan berlangsung di PWTC pada
24 April hingga 5 Mei depan.
Pengunjung
boleh ke gerai buku UP&D di Tingkat 3, Dewan Tun Razak PWTC iaitu di petak
bernombor 3092-3097 dan 3127-3131.
UP&D
anak syarikat Kumpulan Utusan mempunyai sejarah yang panjang dalam penerbitan
buku-buku kesusasteraan, akademik dan motivasi. Kini UP&D dalam proses
menerbitkan beberapa judul yang dijangka menghangatkan lagi industri buku di
negara ini.
Pengunjung
boleh mendapatkan pelbagai kategori buku yang menarik dan berkualiti daripada
1,000 judul dengan tawaran potongan hingga 70 peratus.
Buku-buku
seperti Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dan
Nasib
Melayu di Bumi Melayu tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah antara buku yang laris
di pasaran.
Menerusi
penyertaan UP&D di PBAKL 2014, pengunjung akan lebih mudah untuk memilih
buku-buku terbitan penerbit ini selain membeli menerusi kedai buku dalam talian
iaitu melalui www.mybooks.com.my.
UP&D
menerbitkan buku-buku daripada pelbagai kategori antaranya motivasi, wanita,
keluarga, masakan, akademik, kanak-kanak dan novel dengan harga yang cukup
rendah.
Tidak
ketinggalan buku serta novel baharu juga turut dijual kepada pengunjung. Semua
buku ini merupakan koleksi UP&D yang bermula dari terbitan tahun 1976
sehingga sekarang.
Antara
buku yang dijangka menjadi tumpuan ialah Cuit yang ditulis oleh Zaini Hassan.
Buku ini menghimpunkan tulisan Zaini di dalam kolum Cuit yang disiarkan pada
setiap minggu di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Selain
Cuit, buku sejarah penubuhan Utusan Melayu, Di Depan Api Di Belakang Duri
tulisan Zainuddin Maidin juga antara yang mendapat sambutan sebelum ini.
Sementara
novel Bukan Terlarang karya Nur Hazma pula sudah dijual lebih tujuh 7,000
naskhah juga terdapat di kedai gerai UP&D.
Novel
terbaharu Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU ExxonMobil) iaitu Dalam Getar
Waktu, Kotak dan Pelangi Jingga, serta antologi cerpen dan puisi Sejujur
Manggis dan Dari Introspektif Mandiri adalah antara judul yang menarik untuk
bacaan.
Bagi
penggemar cereka sains, novel fiksyen sains seperti Equilibria, Detik, id, Di
Sebalik Dinara, Bekamorfosis, dan Petaka Bakteria menjadi bahan bacaan yang
mesti dibeli dan dibawa pulang.
Buku
kraftangan A-Z Bunga Stoking, A-Z Cara Mudah Menjahit Manik Tudung dan Kait
Jarum Satu (buku 2) adalah antara buku kraftangan terlaris yang wajib dibeli.
Buku-buku masakan terlaris seperti Legasi Warisan Masakan Jawa, Seleksi Nasi
Beriani dan Lauk-pauk, dan Kuih
Tradisi
Singapura menjanji nilai wang yang tidak mengecewakan.
Orang
ramai terutamanya pelajar-pelajar dialu-alukan berkunjung ke gerai buku
UP&D untuk memilih buku-buku yang digemari dan merebut peluang mendapat
potongan harga yang hebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan