GALERI Petronas berusaha untuk mengungkap
dan menggalak imaginasi artis tempatan dengan pameran seni kontemporari terkini
yang dikenali sebagai READrawing, yang akan membawa pelbagai bentuk imej,
lakaran kerja dan lukisan yang menakjubkan.
Pameran
ini bertujuan untuk membawa bersama-sama beberapa hasil kerja oleh artis-artis
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bentuk, jenis dan medium.
Dalam pada
itu, ia juga bertujuan sebagai satu percubaan untuk menggalakkan persefahaman
dan interaksi antara penonton dan artis tentang latar seni kontemporari
Malaysia dalam konteks yang lebih besar dan juga meneroka untuk menemui apa
yang terlibat dalam penghasilan sesebuah lukisan.
Pameran
ini juga akan merungkai dan meneroka minda artis tentang bagaimana menguruskan
idea-idea awal mereka. Walaupun kebanyakan daripada puji-pujian diberi kepada
produk akhir, tetapi terdapat hanya sedikit kesedaran dan kefahaman tentang
proses yang dilalui oleh artis daripada visualisasi ke penghasilan.
Introspeksi
memang diperlukan supaya lebih menghargai dan memahami tentang proses mencipta
sebuah karya seni. READrawing merupakan salah satu inisiatif jangkauan kami
selaras dengan slogan Reimagining Energy untuk meneroka dan mencari apa yang
berlaku melebihi produk akhir dipaparkan untuk tontonan.
Artis
menggunakan prinsip yang sama dalam menghasilkan kerja-kerja mereka di mana
mereka melukis semula, mengkaji dan juga membayang konsep baru adikarya mereka.
Pengetahuan tidaklah terbatas dan hanya dengan mengemas kini diri kita supaya
kita dapat dilengkapi dengan pemahaman dan pandangan untuk hasil kerja dan masa
depan yang lebih baik.
Antara
artis yang akan mengambil bahagian dalam pameran kali ini ialah Samsudin Lappo,
Ariff Fauzan, Ahmad Zakii Anwar, Samsudin Wahab, Zuraimi Abd Rahim, Suzlee
Ibrahim, Fauzul Yusri, Ahmad Shukri Elias, Liu Cheng Hua, Anissa Aziz, Lim Keh
Soon, Norshahidan Mohamad, Mohd Bakir Baharom, Tey Beng Tze, Khairuddin
Zainuddin, Ahmad Tirmizi Shahrulhisham, Haslin Ismail, Azam Aris, Abdul Latif
Ahmad Padzali dan Mutalib Man.
Bersempena
dengan pameran ini juga, READrawing juga akan menampilkan kuliah dan ceramah
seni untuk tatapan awam oleh dua kurator, Erry Arham dari Akademi Seri Warisan
(Aswara) dan Baktiar Naim dari Balai Seni Visual Negara (BSVN), pada 6 Mei
nanti dari pukul 11 pagi hingga 1 petang.
Tema
READrawing telah dipilih kerana kesesuaian penggunaannya untuk menyampaikan
tema utama pameran. Read bermakna membaca dalam bahasa Malaysia, ia adalah satu
kata kerja yang bermaksud melakukan sesuatu atau sesuatu tindakan oleh manusia
dalam perkara yang berkaitan dengan diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu
daripada sumber yang boleh dilihat, dirasai atau dibaca.
Sementara
itu, drawing dalam bahasa Inggeris bermaksud lukisan yang mana objek atau karya
seni yang muncul daripada hasil kreativiti pengimejan seorang artis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan