Siapa
cakap senang untuk menjadi seorang papa yang terbaik. Tak kira berapa usia anak
anda atau berapa ramai anak yang dimiliki, anda harus tahu tugas seorang papa
tidak semudah yang disangka. Apatah lagi papa adalah ketua keluarga.
Ada banyak
kaedah, tip mahu pun cara yang dikemukakan bagi membantu seorang papa mampu
menjadikan dirinya yang terbaik sekurang-kurangnya di mata anak sendiri.
Dikongsikan di sini beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.
Sentiasa
ada di sisi anak
Anak-anak
tidak pernah kisah sama ada papanya seorang CEO atau hanya pekerja biasa.
Mereka juga tidak peduli jika anda baharu dinaikkan pangkat atau anda memiliki
rumah banglo yang besar dan mewah. Apa yang mereka mahu adalah papa ada di
rumah ketika waktu makan, papa boleh membawa mereka ke padang bermain bola
sepak atau sesekali menonton wayang bersama atau paling kurang menemankan mereka
ketika waktu tidur. Nampak mudah tetapi kadang kala ia sukar direalisasikan
oleh seorang papa ekoran kesibukan bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
Tidak kira
sesibuk mana anda bekerja, papa mestilah menetapkan hari untuk dihabiskan
bersama anak-anak. Sekiranya mempunyai lebih daripada seorang anak, pastikan
anda memperuntukkan masa tertentu dengan setiap anak, jadi anda dapat
membentuk perhubungan rapat dan unik dengan setiap anak.
Sekiranya
anda terlalu letih untuk menghabiskan masa dengan anak bermain bola sepak,
tukarkan dengan aktiviti lain yang lebih santai seperti menonton perlawanan
bola sepak di televisyen dan sebagainya. Yang penting anda menghabiskan masa
bersamanya.
Menyokong
hari pertamanya
Biasanya
mama yang agak sibuk dan emosional dalam pencapaian pertama si anak. Jarang
sekali papa ‘menyibuk’ dalam hal tersebut kecuali diberitahu oleh mama.
Walaupun sudah ada yang menguruskan hal anak tetapi tidak salah untuk papa
hadir bersama menyokong. Contohnya hari pertama anak masuk ke tadika, hari
pertama kelas renang, taekwando, ballet dan sebagainya lagi. Anak-anak akan
ingat momen pertama dalam hidupnya bersama kehadiran orang penting dalam hidup
iaitu papa dan mama. Ketahuilah papa, tiada siaran ulangan untuk semua momen
indah tersebut.
Ajar
anak pelajaran penting
Bukankan
anda adalah ketua keluarga. Maka bertanggungjawablah atas amanah tersebut.
Pastikan anda orang pertama yang mengajarnya tentang tugas asas dalam
kehidupan. Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, papa orang pertama
yang dipercayai oleh anak. Ajarlah anak bagaimana cara betul belajar berjalan,
menggosok gigi, membersihkan diri, menunggang basikal dan lain-lain kemahiran.
Anak anda memerlukan papa untuk mengajarnya tugasan besar dalam kehidupan
apatah lagi tugasan harian yang mudah. Bantu anak belajar daripada kesilapan.
Jika mereka melakukan kesalahan, papa seharusnya bantu mereka tidak mengulang
lagi kesilapan tersebut di masa depan berbanding sekadar menghukum tanpa
menerangkan mengapa.
Rancang
masa bersama anak
Untuk
menjadi papa yang baik, anda harus bijak merancang masa bersama anak tidak kira
sama ada mama ada bersama atau tanpa mama (kerana kerja luar daerah). Tidak
kisah apa rancangan anda, yang penting jadikan masa bersama itu istimewa,
diingati dan boleh dijadikan ulangan di masa akan datang supaya mereka
ternanti-nanti masa istimewa dengan papa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan