Bergelar
seorang ayah! Tentu sahaja ia perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup
seorang lelaki. Biasanya wanita yang baharu melahirkan cahaya mata akan
dikaitkan dengan emosi yang bercampur baur bahkan jika berlarutan tanpa kawalan
boleh membawa kepada masalah meroyan atau post partum.
Tahukah
anda, seorang ayah juga boleh mengalami masalah tertekan selepas memiliki anak.
Bagaimana mungkin rasa gembira dan bahagia kerana dikurniakan anak boleh
bertukar kepada tekanan? Namun bukan semua ayah melalui pengalaman pahit ini,
tetapi bagi yang bakal bergelar ayah persiapkan mental anda untuk berhadapan
dengan situasi baharu tersebut.
Sesuaikan
diri dengan rutin ‘normal’ yang baharu
Ada
sesetengah masa anda mungkin sangat berharapkan isteri cepat bersalin agar
kehidupan normal yang lama dapat dinikmati semula. Lupakan sahaja kerana anda
bakal berhadapan dengan rutin baharu yang lebih ‘menyeronokkan’. Jangan
risau! Lalui ia dengan tenang mengikut rentaknya kerana sudah pasti
tanggungjawab baharu itu memerlukan banyak masa untuk anda mahir.
Biasakan
diri untuk kurang tidur
Lupakan
keselesaan anda tidur lena tanpa gangguan. Selamat datang ke dunia tidur tak
lena. Jangan stres kerana ia pengalaman baharu yang sangat bermakna. Jangan
biarkan isteri berseorangan bangun malam menjaga bayi walaupun dia yang perlu
menyusukan bayi. Kehadiran anda di seawal jam 3 pagi sangat dihargai isteri.
Anda boleh membantunya menukar lampin bayi. Saling membantu dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh anda berdua. Perlu diingat, isteri anda baharu
sahaja melalui pengalaman melahirkan yang sangat memenatkan.
Perhatikan
emosi isteri
Wanita
baharu melahirkan bayi mengalami perasaan bercampur-baur antara gembira, sedih,
letih, marah dan sebagainya. Ia perasaan biasa yang dialami oleh seorang ibu.
Sebagai suami, anda perlu prihatin dengan perubahan tersebut. Sentiasa ada di
sisi isteri, beri semangat kepadanya, jangan memarahinya, jangan tinggalkan dia
keseorangan dan hulurkan bantuan dalam soal menguruskan anak.
Bersabarlah
Jika ia
berkaitan soal hubungan intim, ia sepatutnya menjadi perkara terakhir yang anda
fikirkan ketika melalui saat ini. Tempoh menyesuaikan diri anda berdua dalam
situasi baharu tersebut memerlukan masa yang panjang. Jangan terburu-buru
apatah lagi isteri baharu melalui pengalaman yang menyakitkan dalam proses
melahirkan bayi. Apa pun jangan abaikan sentuhan dan belaian kasih sayang untuk
terus mengukuhkan hubungan kalian berdua.
Yakinlah
Mereka
berdua amat memerlukan anda selamanya. Isteri dan anak yang baharu lahir
bergantung kepada anda untuk melalui fasa kehidupan yang baharu. Sebagai ketua
keluarga, anda perlu terus berkeyakinan tinggi.
Jaga
diri
Hormon
diri anda juga sedang bercampur-baur. Jangan biarkan stres menguasai diri anda
sebaliknya biarkan anda yang mengawalnya. Pastikan anda tetap menjaga kesihatan
diri dengan makan secara teratur, berehat secukupnya kerana anda perlu terus
kuat untuk melindungi insan tersayang dalam hidup anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan