Kuasa
seorang ayah mampu mempengaruhi tumbesaran seorang anak. Peranan ayah dapat
memberi pengaruh terhadap kehidupan sosial, prestasi di sekolah dan pencapaian
cita-cita anak. Ayah adalah hero di mata setiap anak.
Jadikan
diri anda seorang ayah yang sangat disanjung oleh anak-anak. Justeru
tanggungjawab sebagai ayah patut bermula sejak janin anak terbentuk dalam rahim
ibu. Pastikan anda terlibat sama dalam setiap perkembangannya.
Biarpun
secara fizikalnya, kelihatan hanya ibu yang terikat dengan anak yang berada
dalam kandungannya. Namun, janin yang membesar dalam kandungan tetap tahu
kehadiran si ayah melalui sentuhan, belaian dan bicara yang dituturkan setiap
detik di perut ibu.
Percayalah,
gerakan tindak balas yang diberikan oleh bayi dalam kandungan saat ayah
menyentuh perut ibu, adalah petanda dia mengetahui kehadiran lelaki hebat dalam
hidupnya. Perkenalan tersebut sangat penting dalam hubungan erat yang terjalin
apabila anak dilahirkan ke dunia.
Kehadiran
seorang ayah bagi seorang anak akan menimbulkan ketenangan emosional,
kepercayaan diri dan keinginan untuk meneroka persekitarannya. Cuba lihat anak
anda sendiri. Bermula daripada usia lahir sehingga mereka membesar, tentu anda
dapat perhatikan betapa si kecil amat seronok apabila dapat melakukan aktiviti
lasak dan bergurau senda dengan ayah.
Justerutidak
hairanlah si kecil yang membesar dengan penglibatan ayah mempunyai kemampuan
menyelesaikan masalah dan juga memiliki IQ lebih baik pada usia tiga tahun.
Bahkan apabila melangkah ke alam persekolahan, anak ini mempunyai prestasi yang
lebih baik dan kepercayaan diri lebih tinggi.
Beza
peranan ibu dan ayah
Sememangnya
ayah dan ibu mempunyai peranan yang berbeza dalam membesarkan anak-anak.
Seorang ayah lebih cenderung memberikan semangat dalam bentuk pertandingan,
berdikari dan prestasi. Sedangkan seorang ibu lebih cenderung terhadap hal-hal
berkaitan keadilan, kerjasama dan keamanan.
Seorang
ayah cenderung untuk menjadi kawan bermain anak-anak berbanding ibu. Daripada
interaksi ini si anak akan belajar banyak perkara daripada ayah. Anak-anak yang
sering didampingi ayah akan membesar sebagai seorang yang merasa dirinya
dilindungi daripada bahaya sehingga membentuk sifat lebih berani dalam dirinya.
Kebiasaannya
seorang ayah lebih memiliki ketegasan berbanding ibu, oleh itu peranan ayah
sangat penting dalam mendidik anak-anak menjadi insan lebih berdisiplin.
Seorang ibu biasanya lebih mengguanakan perasaan dan mudah menerima alasan yang
diberikan oleh anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan