m

KARI DAGING BERSERAI


Hari ni ita sediakan Kari Daging Berserai. Biasa kalau anak2 ada di rumah saya mmg suka buat kari atau sambal tumis untuk memudahkan anak2 bila mereka berasa lapar. Kari ni selain kita makan bersama nasi kita boleh juga  makan dengan roti, atau lempeng atau roti canai atau apa-apa hidangan yang kita rasa bersesuaian. Anak-anak bila cuti ni mudah sangat berkeroncong perut mereka di tambah-tambah lagi sekarang ni musim tengkujuh lagi lah cepat sangat lapar. Bila ada kari mudah sikit kerja saya.


 Saya tertarik dengan resepi kari daging berserai ni kerana ramuannya yang sedikit berbeza dgn cara ita menyediakan hidangan kari. Kari daging berserai menggunakan serai yang di kisar bersama bahan2 kisar yang lain yang membuatkan kari ni beraroma. Penggunaan kerisik dalam kari juga memberikan sedikit kelainan pada kari daging ni yang biasanya bila ita buat kari daging memang ita tak pernah letak kerisik.

Selain itu pengunaan asam keping juga amat menarik minat saya untuk mencuba. Biasa kalau saya masak kari daging saya tak letak asam berbanding jika saya menyediakan kari ikan. Kalau kari ikan, kita mmg kena letak asam kerana kita inginkan kuah kari yang sedikit masam-masam rasanya. Inilah antara beberapa faktor yang mendorong saya untuk mencuba hidangan yang pasti akan memberikan sedikit kelainan.

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
500 gram daging pejal, hiris nipis dan rebus hingga empuk
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (saya guna jenama Baba's)
1/2 cawan pati santan
1 camca besar penuh kerisik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR HALUS
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
Masukkan cili dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan daging rebus bersama air rebusannya.
Tambah air jika perlu.
Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan kerisik gaul rata
Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi
Siap untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan