m

NASI LEMAK KAMPUNG

 

Assalamualaikum
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu..
Pantas betul masa berlalu sekarang kan.. sekejap aje dah bertemu hujung minggu.. Dah hampir melangkah ke pertengahan tahun..
Apa perancangan hujung minggu ni..?? Ada yang nak pergi bersiar-siar bersama keluarga.. atau makan-makan kat luar..
Ada juga yang merebut peluang cuti hujung minggu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.. sambil bersantai-santai..
Tak kisahlah apa pun aktiviti yang dilakukan.. janji ianya memberikan maanfaat kepada semua dan lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang..

waaa... ada yang terkejut masuk dapur ita dah berubah halua telinga.. aikkk!! betul ke dapur saya Masam Manis ni... ke dah tersalah singgah..
Ini lah hasil kerja anak-anak saya bila mereka pulang bercuti.. ada aje yang nak dibuatnya..
Tapi saya suka.. suka melihat kan mereka mengeksplore kreativiti mereka. Sebenarnya anak-anak ni punya bakat masing-masing. Oleh itu jangan disekat bakat mereka.. biarkan mereka mencuba dan menilai sendiri kebolehan diri.. dan sebagai ibu bapa sudah semestinya kita berikan sokongan 100% atas bakat mereka..

 

Saya suka bila melihat mereka adik-beradik bersepakat dan bersama2 melakukan aktiviti. Merancang dan bertukar-tukar idea untuk melaksanakan sesuatu perancangan. Kadang-kala idea mereka, tak terjangkau oleh akal dan fikiran kita.

Tapi macam biasa lah kan.. budak-budak belasan tahun.. yang tiada asas tiada bahan.. tapi nak buat juga.. disebabkan rasa ingin mencuba yang terlalu tinggi.. Walaupun hasilnya tidak lah segah mereka yang memang mahir dan pakar dalam bidang ini.. tapi pada saya ianya sudah cukup membanggakan dan menyentuh hati..

 

Susah jugak nak buat video ni kan.. bagi mereka yang mahir, berpengalaman dan ilmu penuh didada.. mungkin terasa ala.. kacang aje kan..
Tapi bagi yang tiada pengalaman macam ita ni aduyaiii.. payahnya..
Masa yang di ambil anak2 ita untuk siapakn video ni 2 hari.. tapi kesian tak tidur malam dibuatnya.. sampai maknya tak berpeluang langsung nak guna komputer ni.. hihi kesian anak2 mak.. tak pe nanti mak belanja nasi lemak ye..

Oh, ya! bila bercakap pasal nasi lemak, ini lah nasi lemak yang digunakan dalam pengambaran video itu.. Nasi Lemak Kampung. Resepi nasi lemak yang biasa disediakan oleh mak saya. Cuma kali ni ita gunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi lemak ni.

 

Ok, kalau kita guna beras biasa sukatan air tu hendaklah sama antara sukatan beras dan air.. kalau beras yang biasa kita guna perlukan air yang banyak kita sukatlah seperti biasa kita tanak nasi. Masa saya mula2 belajar masak nasi dengan mak saya.. Mak saya ajar, bila kita letak beras dalam periuk dan tuangkan air.. sukatan air tu biarkah satu inc dari permukaan beras. saya diajar supaya masukkan jari dan ukur hujung jari tu.... air tu akan sampai dekat line pada jari yang pertama.. dari permukaan beras.

 

Tapi bila kita guna beras basmathi, air yang diperlukan hendaklah banyak dan beras perlu direndam dahulu, supaya bila kita masak, nasi berderai tapi butiran beras tu lembut bila dinikmati.
Ok lah jom kita intai2 resepi yang mudah aje penyediaannya ni..

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN: ( NASI LEMAK KAMPUNG )
3 cawan beras basmathi ~ cuci bersih dan rendam sekejap ~ kemudian toskan airnya
2 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa
3 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan ~ disiat 2 dan disimpul
1 batang serai ~ dititik
2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 inc halia ~ dihiris kasar atau dititik
3 ulas bawang merah ~ dihiris

 

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk
Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
Masukkan air dan santan
Masak hingga mendidih
Tambahkan garam dan kacau rata.

Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan airnya tadi
Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas tadi
Tanaklah nasi seperti biasa.
Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik supaya beras tak patah

Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng dan ikan bilis. 

 

Selamat Menjamu Selera...


NASI AIR MASAKAN KELANTAN

 

Ini lah akibatnya kalau asyik dok mengadap drama di kaca TV.
Bila nampak orang masak ni.. mak esok masak tuuuuu...
Bila oarang masak tu.. mak esok masak niiii....
Dalili... Dalili.. 
Hari ini ita masak nasi air.. Ini semua gara-gara menonton drama Nasi Air di kaca TV kemarin
Macam sedap aje mak.. terliur kita..
Esok balik Kelantan kita carilah..
Ala.. bilalah mak nak balik kampung ayah.. nampak air liur kita dah menitik-nitik ni..
Dia kalau nak... macam tu lah.. kalau tak di ikutkan merajuklah tu...
Ikut siapalah tu.. kuat merajuk

 

Heee... sebenarnya ita pun terlur jugak.. uiii.. macam sedap aje kan..
saya cuba salin resepi.. ala.. cepat pulak dia cakap..
Apa susah-susah.. google aje...
ya tak ya jugak ek..
Mesti ada resepi ni kat tenet..
Saya mula mencari resepi nasi air
Cari punya cari akhirnya bertemu resepi yang di idamkan
Menurut ibu saya resepi ini adalah resepi dari moyangnya.. mesti sedap kan.. resepi orang tua dulu..
Menurut ibu saya lagi nasi air ni berbeza dari bubur nasi.. Beras untuk memasak nasi di tanak bersama air rebusan daging.. waaa.... mesti sedap ni kan..

 

Masa ita balik Kelantan ada juga mak mertua saya tanya.. saya nak makan nasi air tak?
saya ni tak tau nasi air tu apa sebenarnya.. takut yang pelik-pelik karang tak boleh makan pulak..
eiishh.. ni dah tau harus saya cari bila balik Kelantan nanti..

Bahan-bahan untuk memasak nasi air ni tak lah susah sangat nak cari..
Cara penyediaannya juga tak lah rumit sangat..
Anda nak cuba?
Jom kita masuk dapur kita masak sama-sama.. Yok! 


 

Mula-mula kita rebus dahulu tulang dan daging hingga empuk. Ada yang kata daging dan tulang itu hendaklah di rebus hingga daging tu hancur paling kurang 3 jam.
Air rebusan daging ini kita larikan 4 cawan untuk menanak nasi.

Sekarang kita lihat pula bahan-bahan yang kita perlukan untuk menanak nasi

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN: (NASI)
1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang atau daging
3 hiris halia ~ di hiris atau di ketuk
2 ulas bawang butih ~ di hiris atau di ketuk
sebatang serai ~ di ketuk
garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Masukkan beras ke dalam periuk nasi
Masukkan juga serai, halia dan bawang putih
Tambahkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan air rebusan tulang
Tanak nasi seperti biasa. Sukatan air perlulah banyak. Nasi air ini sedikit lembik dari nasi biasa. Kira macam bubur lah sikit.
Sekarang kita sediakan pula kuah supnya

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN: (SUP DAGING)
5 cawan air rebusan tulang ~ ita masak sekali dengan tulang-tulang tadi

4 hiris ~ dihalia

2 ulas bawang putih ~ dihiris

3 ulas bawang merah ~ dihiris

2 batang kayu manis

3 biji buah pelaga

5 biji cengkih ~ ita tambah

3 kuntum bunga lawang ~ ita tambah

1 bungkus sup bunjut sup

Garam dan gula secukup rasa
1 kiub daging ~ ita tambah

CARA-CARA MEMBUATNYA:
 

Proses membuat sup ini kita perlu tumis dahulu bahan-bahan hirisan dan rempah tumis di dalam kuali lain. Proses ini di panggil tumis darat.
Bila dah garing barulah kita masukkan ke dalam air rebusan daging tadi


Tips untuk mendapatkan sup yang enak. Semasa menumis bawang, serai dan halia, masukkan sekali garam dan gula.
Karamel daripada gula akan menghasilkan sup yang enak

Dah pun siap sup kita.
Sekarang kita sediakan daging goreng yang akan di makan bersama nasi air kita.
Resepi ini di kongsikan oleh seorang rakan saya. Katanya resepi dari Thailand, tapi memang sedap kalau makan dengan nasi pun sedap..

 

DAGING PA KA PAW
1/2 kilo daging batang pinang ~ jika tak menggunakan daging batang pinang, anda boleh ambil daging dari daging yang telah di rebus tadi.
Hiris daging keci-kecil
Ita perapkan daging dengan garam dan kunyit dahulu
20 tangkai cili padi ~ di hiris jika tak suka pedas kurangkan
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa


 

Sedap tau daging ni.. saya dok meratah aje.. tengok-tengok dah sikit dah yang terhidang atas meja.. hihi
Selain daging dan kuah sup nasi air ini juga di makan bersama

Ikan bilis goreng
Daun sup dan daun bawang yang di hiris
Kobis yang di hiris
Bawanag goreng
Sedikit lada sulah
Sayur Jeruk ~ yang ni ita tak tau apa jadi saya tak letak

Ada juga yang kata Nasi Air ni sedap di makan dengan sambal pauh. Tapisaya tak buat sambal pauh tu. Kalau ada yang nak buat boleh jugalah cuba

SAMBAL PAUH
Ikan kembung di bakar dan ambil isinya
Buah pauh ( mangga muda) di racik
Cili padi ~ ditumbuk
Asam limau
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili padi dengan isi ikan kembung dan mangga muda
Tambahkan garam dan gula
Perahkan asam limau

Dah pun siap...
Bagai mana pula cara nak menghidangkannya..
Jom ita tunjukkan

 

CARA MENGHIDANG
Mula-mula kita sendukkan nasi lembik kita ke dalam mangkuk
Letakkan daging goreng kita tadi
Letakkan juga ikan bili yang dah di goreng
Taburkan kobis ~ ita guna kobis ungu hihi.. kobis baki Amirul buat sandwich
Taburkan juga daun sup dan daun bawang
Taburkan juga bawang goreng
Akhir sekali curahkan kuah..
Tambahkan lada sula jika suka...
wallllaaaa.... sedapnya...
Tak sabar nak makan..


wow!... tak sangka.. sedap nasi air ni..
Kebetulan SAYA memang suka makanan yang bersup ni.. adoiii... terasa menyesal pulak masa balik Kelantan tak pekena nasi air ni..
Lepas ni kalau balik Kelantan harus di cari Nasi Air ni..

Dalili makan bertambah-tambah.. sama berebut dengan ayahnya..
Lain kali kalau masak ita kena masak 2 cawan nasi tu.. 1 cawan tu macam tak cukup kalau nak makan bertambah.. hihi

Mak esok masak nasi air lagiiiii....
Kan saya dah kata... sedap!..

DAGING MASAK HITAM

 

Bahan-Bahan Diperlukan:
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi

Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak

Sos
4 sudu besar kicap pekat 
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh 
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging

Cara Penyediannya
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum 
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!


DAGING NASI KANDAR

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar minyak masak
4 tangkai daun kari
8 ulas bawang besar di kupas dan hiris nipis
4 ulas bawang putih  dikupas dan hiris nipis
4 cm halia dihiris nipis
8 inc kulit kayu manis
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar pes cili kering
5 tangkai cili merah di kisar
5 biji tomato sedehana besar di potong baji
1 kg daging lembu di potong keping-keping, rebus
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 kiub pati daging
6 sudu besar kicap pekat
200 ml pati santan daripada 1 biji kelapa, guna santan kotak pun boleh
250 ml air
4 tangkai daun pudina

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Pijarkan minyak di dalam kuali atau periuk
Tumis daun kari, bawang besar, bawang putih, halia, dan kulit kayu manis hingga kekuningan
Kecilkan api dan masukkan rempah kari, pes cilikering, pes cili merah dan tomato, kacau sehingga sebati
Masukkan daging, gula, garam, pati daging, kicap pekat, santan dan air
Kacau rata
Renihkan sebentar sehingga daging empuk
Tambahkan daun pudina dan gaul mesra hingga kuah pekat sedikit
Sedia di hidangkan


RENDANG DAGING LADA HITAM

 

Resepi ini boleh ditukarkan dari ayam kepada daging

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1 kg daging batang pinang, potong kecil
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau perut ~ ita tambah
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula melaka ~ ita tambah
1 kiub daging

BAHAN DIKISAR:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih ~ ita tambah
2 inc halia
 3 batang serai
1 inc lengkuas
1/2 cawan lada hitam ~ ita kurangkan
10 tangkai cili kering ~ potong dan rendam hingga lembut / rebus
1/4 cawan rempah biji

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Ita tumis dahulu bahan kisar hingga harum
Kemudian masukkan daging, tambah  santan cair dan biarkan daging empuk
Bila daging dah empuk masukkan daun kunyit, daun limau perut dan gula melaka
Tambahkan santan pekat dan kiub daging
Perasakan dengan garam dan gula
Biarkan hingga kuah pekat dan kering
Sedia di hidangkan.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
2 cwn ikan bilis - digoreng  

RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak


CARA-CARA MEMBUATNYA:
Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau 

Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.

Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...

Bila dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya ikan bilis masik garing bila dimakan.


AYAM SAMBAL

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1/2 ekor ayam saiz sederhana, kerat ikut suka, cuci bersih dan toskan*

1 inci halia*

3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*disatukan dan perap 30 minit)

2 1/2 senduk makan cili kisar

2 batang serai, dititik

3/4 camca besar pes asam jawa (mat guna Adabi)

1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan

Garam dan gula secukup rasa

2 cawan air


Bahan kisar

1 biji bawang besar

6 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

4 biji buah keras, hiris

1 inci belacan




CARA-CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, dan masak hingga pekat. Tambah pes asam jawa, sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sambal kering sedikit.
Tambah bawang besar dan rasa, jika kurang masin, tambah garam lagi. Masak sekejap, dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau apa2 saja yang anda rasa sesuai..



LEMAK TELUR DAN KENTANG

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
5 biji telu ayam ~ di rebus, kupas kulit
2 biji kentang ~ kupas kulit dan belah 2 atau 4
sedikit soon ~ di rendam
200 ml santan
1 liter air
1 keping asam keping
5 tangkai cili padi ~ diketuk
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa


BAHAN DIKISAR
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan air, cili, kuib ikan bilis dan kentang
Biar kentang empuk
Masukkan santan
Masukkan telur rebus dan soon
Biar merenih
Sedia di hidangkan


KARI DAGING BERSERAI


Hari ni ita sediakan Kari Daging Berserai. Biasa kalau anak2 ada di rumah saya mmg suka buat kari atau sambal tumis untuk memudahkan anak2 bila mereka berasa lapar. Kari ni selain kita makan bersama nasi kita boleh juga  makan dengan roti, atau lempeng atau roti canai atau apa-apa hidangan yang kita rasa bersesuaian. Anak-anak bila cuti ni mudah sangat berkeroncong perut mereka di tambah-tambah lagi sekarang ni musim tengkujuh lagi lah cepat sangat lapar. Bila ada kari mudah sikit kerja saya.


 Saya tertarik dengan resepi kari daging berserai ni kerana ramuannya yang sedikit berbeza dgn cara ita menyediakan hidangan kari. Kari daging berserai menggunakan serai yang di kisar bersama bahan2 kisar yang lain yang membuatkan kari ni beraroma. Penggunaan kerisik dalam kari juga memberikan sedikit kelainan pada kari daging ni yang biasanya bila ita buat kari daging memang ita tak pernah letak kerisik.

Selain itu pengunaan asam keping juga amat menarik minat saya untuk mencuba. Biasa kalau saya masak kari daging saya tak letak asam berbanding jika saya menyediakan kari ikan. Kalau kari ikan, kita mmg kena letak asam kerana kita inginkan kuah kari yang sedikit masam-masam rasanya. Inilah antara beberapa faktor yang mendorong saya untuk mencuba hidangan yang pasti akan memberikan sedikit kelainan.

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
500 gram daging pejal, hiris nipis dan rebus hingga empuk
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (saya guna jenama Baba's)
1/2 cawan pati santan
1 camca besar penuh kerisik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR HALUS
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
Masukkan cili dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan daging rebus bersama air rebusannya.
Tambah air jika perlu.
Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan kerisik gaul rata
Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi
Siap untuk dihidangkan.